Langkah jimatkan bil rakyat! NUR@PETRA bantu kurangkan kos penggunaan elektrik di rumah

LocalEnvironment
29 Jun 2026 • 8:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bagi membantu rakyat mengurangkan beban kos penggunaan elektrik di rumah, kerajaan menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperkenalkan Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) 2026 yang menawarkan rebat pembelian peralatan elektrik cekap tenaga bagi kategori domestik.

Beri tumpuan kepada pengguna domestik

Program yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) itu akan bermula pada Julai 2026 dengan memberi tumpuan kepada pengguna domestik yang ingin membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.

Image from: Langkah jimatkan bil rakyat! NUR@PETRA bantu kurangkan kos penggunaan elektrik di rumah

Difahamkan, sebanyak 160,000 unit rebat bernilai RM32 juta diperuntukkan di bawah program itu, dengan setiap pemohon yang layak boleh menikmati rebat RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Energy Commission of Sabah (ECoS).

Permohonan bagi Kategori Domestik akan dibuka bermula 1 Julai 2026. Orang ramai boleh senak kriteria kelayakan dan kaedah permohonanserta senarai jenama dan model peralatan elektrik cekap tenaga di bawah Program NUR@PETRA 2026 menerusi laman sesawang rasmi SEDA Malaysia di www.seda.gov.my/nur.

Usaha kerajaan bantu rakyat

Menurut PETRA, pelaksanaan Program NUR@PETRA Domestik merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu rakyat menghadapi peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global, di samping mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara.

Selain membantu mengurangkan bil elektrik isi rumah, program itu dijangka menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 552.25 gigawatt-jam (GWh) dengan anggaran penjimatan kos mencecah RM250.72 juta dalam tempoh lima tahun.

Dalam pada itu, inisiatif berkenaan turut dijangka mengurangkan pelepasan karbon sehingga 408,655 tan CO2eq, sekali gus menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap dan mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved