Kerajaan sebelum ini telah beberapa kali menawarkan rebat untuk mengalakkan orang ramai beralih ke perkakasan elektrik cekap tenaga. Program berkenaan kini diteruskan lagi, dan untuk tahun 2026 ini, ia akan bermula 1 Julai 2026 ini.
Dibawah program ini, melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia), program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) akan dilaksanakan, memberikan rebat sebanyak RM200 dalam pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga.

Kerajaan memperuntukkan rebat untuk 160,000 unit, membawa kepada jumlah peruntukkan RM32 juta bagi program ini. Pengguna yang ingin mendapatkan rebat ini perlu memastikan penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang dibeli mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.
Bagi pengguna yang berminat, permohonan untuk rebat ini akan dibuka bermula 1 Julai 2026 ini, melalui laman NUR@PETRA 2026.



