Langkah Kinabalu respon terhadap kegagalan GRS: Bung

LocalPolitics
8 Sep 2025 • 4:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mempertahankan gerakan “Langkah Kinabalu” pada 2023 untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan bantuan Parti Warisan dengan menegaskan ia adalah respons bermaruah terhadap “kegagalan kepimpinan GRS, bukannya satu pengkhianatan”.

Bung berkata keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan GRS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang mencerminkan penghormatan kepimpinan Umno Pusat terhadap autonomi Umno Sabah.

“Langkah Kinabalu bukan pengkhianatan tetapi usaha bermaruah selepas melihat kepimpinan (Ketua Menteri) Hajiji Noor yang gagal, rapuh dan tidak berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Bung turut menuduh Hajiji menipu Umno Sabah ketika pembentukan Kabinet negeri.

Menurut beliau pengkhianatan sebenar bermula pada hari Kabinet mengangkat sumpah apabila Hajiji memperdaya dirinya dengan menukar jawatan Kabinet yang telah dipersetujui tanpa pengetahuan Umno Sabah.

Bung menyatakan beliau yakin BN akan merampas semula kerusi Sebatik pada PRN dan menegaskan BN Sabah tidak akan “menjadi sebahagian daripada permainan politik, tipu daya atau perebutan kuasa.”Pada Januari 2023 beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Sabah yang diketuai Bung menarik balik sokongan terhadap Hajiji dalam gerakan yang dikenali sebagai “Langkah Kinabalu.”Percubaan itu gagal selepas Hajiji mendapat sokongan Adun Pakatan Harapan serta tindakan enam Adun Umno Sabah yang berpaling tadah kerana merasakan Hajiji lebih layak memimpin berbanding Bung sekali gus membolehkan pentadbiran beliau kekal berkuasa.