Langkah tuntas tangani jalan terjejas banjir

LocalPolitics
14 Feb 2025 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

PUTATAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan mengambil langkah tuntas bagi menangani masalah kerosakan jalan raya, termasuk laluan terputus akibat banjir yang berlaku di beberapa daerah ketika ini.

Menterinya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya ketika ini sedang mengenalpasti aduan-aduan berkaitan membabitkan jumlah kerosakan jalan raya disebabkan bencana itu.

AdvertisementPada masa sama, katanya, JKR juga akan mengambil tindakan segera memulih atau menyediakan laluan sementara terhadap mana-mana jalan raya yang terputus akibat banjir.

“JKR sedang kenalpasti aduan-aduan dan kerosakan jalan raya akibat banjir ini dan keutamaan kita sekarang adalah menangani segera situasi kecemasan seperti laluan terputus disebabkan bencana ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kita akan baiki atau pun menyediakan laluan sementara yang selamat dilalui, dan ini keutamaan kita bagi memastikan mana-mana jalan terputus disebabkan banjir dapat dihubungkan semula.

“Jika kerosakan itu bersifat ‘besar’, maka kerja-kerja reka bentuk akan diambil kira dan tindakan pemulihan akan dilaksanakan selepas itu,” katanya selepas menyempurnakan sambutan Chap Goh Mei Peringkat Daerah Putatan, di sini, Rabu lepas.

AdvertisementHadir sama Adun Petagas merangkap Pengerusi Qhazanah Technologies, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Ditanya mengenai Mesyuarat (pertama) Intervensi Projek Sabah dan Sarawak Januari lalu, Shahelmey memaklumkan antara intipati utama perbincangan adalah mengenalpasti punca-punca kelewatan projek yang terlibat.

AdvertisementBeliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa itu dengan Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya mendapati banyak faktor yang menyumbang kepada kelewatan projek-projek terbabit.

Sehubungan itu, katanya, mesyuarat pemantauan akan diadakan setiap bulan bagi mengenalpasti mana-mana projek-projek terbabit yang dapat dilaksanakan semula.

“Sebenarnya, 400 projek ini merangkumi projek-projek yang telah ditamatkan (iaitu) yang lepas ditamatkan, ingin dimulakan semula. Jadi, kita minta pecahan mana projek yang sebenarnya belum bermula,” katanya.