(LANGSUNG) Pemimpin BN, PH Bertemu

Politics
21 Nov 2022 • 11:01 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar tiba di Seri Pacific Hotel. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR – Beberapa jam sebelum 2 petang, iaitu waktu penamat diberikan Istana Negara, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilihat memasuki Hotel Seri Pacific di sini, sejurus selepas 9 pagi.

Desas-desus menyatakan ada pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan.

Walaupun sumber enggan mendedahkan agenda mesyuarat itu kepada Malaysiakini, ada yang memberitahu hanya memetik ‘perkara biasa’, 

Beberapa anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang lazimnya ditugaskan mengawasi keselamatan Perdana Menteri turut dilihat berada di perkarangan hotel.

Kira-kira 10 wakil media juga sudah berhimpun sejak 9 pagi tadi.

10.53am - Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Ketua AMK, Adam Adli tiba di hotel

10.30am - Pengerusi PH dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba.

10.20am - Timbalan Presiden MIC dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan tiba di hotel. Katanya, pemimpin BN berada di situ untuk memutuskan siapa yang akan mereka pilih sebagai Perdana Menteri.

10.03am - Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong tiba di lokasi

10.02am - Bercakap kepada pemberita, Ismail Sabri berkata, sebarang keputusan dibuat oleh BN perlu melalui kepemimpinan tertinggi gabungan itu manakala Zahid pula berjanji akan mengadakan sidang akhbar, hari ini.

10.01am - Perdana Menteri Sementara dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri tiba di hotel dengan kawalan ketat.

10.00am - Beberapa Ahli Parlimen UMNO mula hadir, antaranya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Datuk Seri Azalina Othmab Said (Pengerang) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).

Turut menyusul ialah Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

9.50am - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) tiba di hotel.

9.30am - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub, serta Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari tiba serentak.

Ahmad mengesahkan semua Ahli Parlimen BN akan bermesyuarat hari ini.

Turut kelihatan ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor yang tiba lebih awal. - The Vibes, 21 November 2022