“Langsung Tak Ada Orang Tepuk Tangan” – Jadi Artis Jemputan Konsert Rossa, Hael Husaini Tak Dipedulikan Penonton?

Music
7 Nov 2022 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa telah mengadakan ‘Konsert Rossa 25 Shinning Years’ yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC dan mendapat sambutan hebat daripada peminat di Malaysia.

Menurut laporan DIVA dari Kosmo, Rossa telah mendendangkan sebanyak 27 lagu dan mengundang penyanyi dari Malaysia, Hael Husaini sebagai artis jemputan.

Malah, Hael atau nama nama sebenarnya Hal Husaini bin Razmi turut menyanyikan lagu Kamu Yang Ku Tunggu bersama Rossa sebelum mengambil alih pentas dengan menyanyikan lagu Ku Menunggu.

Bagaimanapun, persembahan Hael didakwa tidak mendapat sambutan daripada penonton yang menghadiri konsert tersebut.

Kesian Hael, suasana meriah tiba-tiba bertukar suram. Langsung tak ada orang tepuk tangan.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan penonton seakan-akan tidak suka dengan penampilan Hael di konsert tersebut sehingga ‘buat muka’ seperti tidak senang melihat penyanyi berwajah ‘oppa’ itu.

Kalau ada pun, mungkin sorang dua saja yang tepuk tangan masa Hael menyanyi.

Berbeza pula ketika persembahan dari artis jemputan dari Indonesia iaitu Judika yang mendapat sambutan sepenuhnya daripada penonton sehinggakan ada yang menjerit-jerit memanggil namanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Baju Kalis Dosa Neraka Ke" - Kongsi Harga Busana Untuk Konsert RM235 Ribu, Netizen Perli Rossa