“Langsung Tak Pakai Foundation” – Kulit Muka Terlampau ‘Flawless’, MUA Dahlia Rizal Dedah Harga Mekap ‘Viral’

Beauty
12 Sep 2023 • 12:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkahwinan pempengaruh Dahlia Rizal dengan pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil menjadi tular di media sosial memandangkan ramai pengikut mengikuti rapat hubungan mereka sejak dari dulu.

Ramai pengikut luah rasa gembira melihat pasangan itu dan rata-rata wanita memuji kecantikan Dahlia ketika hari perkahwinannya pada Sabtu lepas.

Meskipun sering mengenakan solekan atas faktor kerja, warganet berkata mekap Dahlia pada malam itu tetap menonjolkan kecantikannya.

Menurut jurusolek atau MUA yang menata rias wajah Dahlia itu merupakan kali pertama dia membuat solekan sebegitu terhadap pelanggan.

Lebih mengejutkan, wanita dikenali sebagai Yaya itu mendedahkan dia langsung tidak menggunakan foundation terhadap Dahlia kerana kulitnya ‘tiada cela’.

Saya tidak memakaikan bedak asas, sekadar skintint. Kulitnya sedikit kering, jadi saya tidak mahu mengambik risiko mengenakan bedak asas bagi mengelak solekannya merekah.

image is not available

image is not available

Proses solekan itu mengambil masa sehingga satu jam setengah. Namun, Yaya merahsiakan jumlah sebenar kos solekan tersebut dan hanya memberi bayangan ia tidak lebih daripada RM3,000.

Tambahnya, ramai wanita idamkan jurusolek dari luar negara untuk hari bahagia mereka namun kata Yaya sebenarnya ramai jurusolek berbakat di Malaysia.

Disebabkan solekan Dahlia tular di media sosial. Yaya berkata dia tidak putus-putus menerima tempahan solekan yang mahukan ‘look’ yang sama.

image is not available 3 months ago

"Makeup Tebal, Tak Natural" - Solekan Watie Dibandingkan Dengan Janna Nick, Ini Jawapan MUA Alha Alfa