Kongsi Foto Genggaman Tangan, Imran Aqil & Dahlia Rizal Selamat Bernikah

10 Sep 2023 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dengan sekali lafaz, pelakon Imran Aqil telah selamat bergelar suami kepada pempengaruh, Dahlia Rizal pada Sabtu.

Dalam majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.

Majlis itu difahamkan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan pengantin.

Pasangan itu mengulangsiar beberapa hantaran di Instagram Stories selain berkongsi foto genggaman tangan bersama-sama selepas selamat dinikahkan malam tadi.

image is not available

Terdahulu, Imran dan Dahlia telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
 












Kredit foto: @_azizulazman, candidpicturesstudio, Dahlia Rizal, Imran Aqil, X