“Langsung tak rasa salah” – Lelaki Kenya Dipenjara Seumur Hidup, Mengaku Nikah & Hamilkan Budak 12 Tahun

Entertainment
15 Jan 2023 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Akibat bernikah dengan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, seorang lelaki Kenya berusia 50 tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga difahamkan telah mengakibatkan kanak-kanak terbabit hamil sehingga dia terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas mengalami komplikasi untuk melahirkan.

image is not available

Saigulu Ololoseraka, 50, diberkas polis Kenya selepas dia membawa mangsa yang juga isteri keempatnya ke hospital selepas mangsa mengalami komplikasi bersalin.

Mangsa yang tak didedahkan identitinya itu berusia 12 tahun ketika dia terpaksa menjalani pembedahan Caesarian.

image is not available
Gambar hiasan

Jika itu tidak mengejutkan ramai, suspek turut mengaku di hadapan Senior Resident Magistrate Mahkamah Narok, Phyllis Shinyada bahawa dia sebenarnya sudah bernikah dengan mangsa pada tahun 2019 iaitu ketika mangsa hanya berusia 9 tahun.

Sejak itu, suspek mengaku mangsa sudah tinggal sebumbung dengannya seperti mana pasangan suami isteri lain.

Menurut Shindaya, ketika hukuman dijatuhkan, suspek langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, malah menunjukkan reaksi seolah dia mempunyai hak peribadi ke atas nyawa mangsa.

Dalam pada itu, satu waran tangkap juga telah dikeluarkan mahkamah sama untuk menahan kedua ibu bapa mangsa yang didakwa merupakan dalang perkahwinan antara suspek dan mangsa.

Sumber: MONITOR

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.