
Susulan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta menteri-menteri terlibat yang turun ke lokas di kejadian agar tidak mengganggu misi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di laman facebooknya yang dimuat naik sebentar tadi.
Menurutnya lagi, beliau terkejut apabila mendapat berita insiden tanah runtuh tersebut yang dilaporkan berlaku di lokasi perkhemahan di Batang Kali, berdekatan Father’s Organic Farm, Genting Highland.
”Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.
”Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan,” katanya.
Pada akhir kenyataannya, Anwar memohon rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa agar misi ini dapat dipermudahkan.
Anwar memaklumkan bahawa beliau bakal turun ke tempat kejadian tanah runtuh malam ini.
Sumber: Anwar Ibrahim via Facebook
The post PM Nasihat Menteri Terlibat Turun Lokasi Tanah Runtuh Jangan Ganggu Kerja Menyelamat appeared first on Siakap Keli.
