Langsung tiada kaitan! Rayer gesa orang luar seperti Dr. Maza tak patut campur urusan DAP

LocalPolitics
18 Mar 2025 • 11:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer gesa orang luar seperti Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin supaya tidak campur tangan daripada mengulas mengenai proses demokrasi dalaman DAP.

Menurutnya, orang luar seperti Mohd. Asri atau lebih dikenali Dr. Maza idak wajar untuk mengulas keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

“Jika beliau tidak mahu bukan Muslim mencampuri atau mengulas mengenai hal ehwal agama Islam, maka beliau sendiri juga tidak perlu mengulas mengenai pemilihan CEC DAP, yang langsung tiada kaitan dengannya,” katanya, semalam.

image is not available

image is not available

Rayer gesa orang luar seperti Dr. Maza tak patut

Semalam, Dr. Maza melahirkan rasa syukur apabila Rayer tidak terpilih sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan DAP semalam.

Pada masa yang sama, beliau memuji para perwakilan DAP kerana tidak memilih individu yang dianggap kurang sesuai untuk keharmonian negara.

Sementara itu, Rayer melahirkan penghargaan kepada semua perwakilan DAP yang mengundi beliau meskipun gagal menempatkan diri dalam kalangan 30 ahli CEC.

image is not available

Sekadar info, Rayer merupakan antara nama besar dalam DAP yang tidak terpilih antara 30 ahli CEC dalam pemilihan parti itu semalam bersama-sama beberapa pemimpin DAP lain yang turut gagal antaranya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.

Kekalahan Rayer dianggap agak mengejutkan kerana beliau sebelum ini merupakan antara individu yang lantang mempertahankan DAP dan Pakatan Harapan (PH) daripada serangan pembangkang, terutamanya di Parlimen.

image is not available

Sebelum ini, Mohd Asri pernah bertelagah dengan Rayer susulan kontroversi berkaitan kenyataannya yang didakwa menghina agama Hindu.

Selain itu, beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan agar tidak memberikan sebarang jawatan kepada Rayer, dengan mendakwa pemimpin DAP tersebut sering menimbulkan provokasi dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Sumber: FB (Rsn Rayer)