“Lans Koperal Kan? Jangan Bagi Saya Arahan” – Kali Ketiga Inspektor Sheila Buat Hal, Padahal Baru Lepas Diikat Jamin

20 Jun 2023 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk rekod, ini kali ketiga video tentangnya tular di media sosial dan kesemuanya adalah negatif serta mempamerkan attitude yang tidak digemari ramai.

Nampaknya sekali lagi wanita yang pernah mengenalkan dirinya sebagai pegawai kanan dari Bukit Aman, ‘Inspektor Sheila’ menjadi perhatian netizen.

image is not available 2 hari lalu

Lepas Hina Anggota Polis, 'Sheila' Buat Kecoh Lagi Gaduh Dekat Parkir Pula - "Tak Betul Sakit Mental Kot Dia Ni"

Menerusi satu video terbaru yang tular di media sosial, pegawai kontroversi itu dilihat membuat hal lagi apabila dirakam merendah-rendahkan pangkat anggota polis lain.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah balai polis di Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor dan dia telah hadir ke situ selepas diikat jamin.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, dia didengari bertanya kepada anggota polis di balai berkenaan pangkat mereka dan acap kali berkata tentang dirinya seorang Inspektor sambil disaksikan orang awam yang berada di situ

Nama encik siapa? Pangkat apa? Lans Koperal kan? Jangan Lans Koperal bagi saya arahan. Pangkat (saya) lagi tinggi, (saya) bagi arahan.”

Terdahulu, dua video mempamerkan dirinya melakukan provokasi terhadap seorang anggota polis dan orang awam meraih perhatian.

Selepas dua laporan dibuat ke atasnya, Inspektor Sheila dikenakan tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental juga dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved