Tular Video Inspektor Sheila Perlekeh Lans Koperal Lagi, Kali Ni Dekat Pejabat

Entertainment
20 Jun 2023 • 11:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sheila

Pegawai polis wanita disiasat selepas tular video memaparkan aksinya memperlekehkan dua anggota berpangkat Lans Koperal.

Tetapi, pegawai wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila menjelaskan video yang tular hanya separuh daripada kejadian sebenar.

Terbaru, nama Inspektor Sheila sekali lagi menjadi sebutan apabila dia dirakam meninggikan suara terhadap anggota bawahan di Balai Polis Seri Petaling.

Dalam laporan Majoriti, pegawai kanan polis itu dilihat duduk di kaunter perkhidmatan pelanggan sambil menegur anggota yang dikatakan cuba memberinya arahan.

Nama encik siapa? Pangkat apa? Jangan risau dah habis dah ni. Incas siapa? You incas ke? Minta SM datang la, saya inspektor.

Lans Koperal kan? Jangan Lans Koperal bagi saya arahan. Jangan ingat saya takut eh. Pangkat lagi tinggi, bagi arahan.

Video itu bagaimanapun menerima reaksi kurang baik daripada netizen. Orang ramai mula mengaitkan nama beliau dengan beberapa video tular lain seperti video di kawasan parkir dan kuil.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.