Lans Koperal tembak isteri direman tujuh hari

6 Mar 2023 • 10:25 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available
Gambar fail/fotoBERNAMA

image is not available

KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai menembak mati isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 27 tahun itu kini mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Bernama semalam melaporkan suspek menembak mati isterinya berusia 26 tahun di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dan motif kejadian masih dalam siasatan. - Bernama