Lantai bas reput ragut nyawa Adam, ibu tunggu enam tahun untuk keadilan

10 Aug 2026 • 1:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lantai bas reput ragut nyawa Adam, ibu tunggu enam tahun untuk keadilan
Nik Hasmani dan anak sulungnya, Wan Nurfazleen Amirah, 22, tidak dapat menahan air mata setiap kali menatap gambar Wan Muhammed Adam. Gambar fail Sinar Harian
Image from: Lantai bas reput ragut nyawa Adam, ibu tunggu enam tahun untuk keadilan
Laporan Sinar Harian mengenai tragedi ngeri menimpa Wan Muhammed Adam.

KOTA BHARU – Penantian seorang ibu selama enam tahun demi menuntut keadilan terhadap kematian anaknya yang terjatuh akibat lantai bas yang reput berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini pada 20 April lalu memerintahkan lima pihak termasuk pemandu bas dan guru besar membayar ganti rugi berjumlah RM17,573.

Allahyarham Wan Mohammed Adam Mohd Suria ketika kejadian baru berusia 12 tahun dalam perjalanan bersama 30 murid lain, menaiki kenderaan itu untuk menyertai program pendidikan di Besut, Terengganu.

Tragedi itu berlaku jam 11.40 pagi pada 4 Julai 2019 ketika Wan Mohammed Adam dari sebuah sekolah kebangsaan Machang mengikuti program ‘English Booster Week’ UPSR 2019 di bawah Program Empower ECER Academic Training yang dianjurkan Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

**media[3610656]**

Dalam kejadian itu, arwah terjatuh melalui lantai bas yang reput sebelum tercampak ke jalan di Kilometer 12, Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik.

Nyawanya tidak dapat diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved