“Lantai retak” – Netizen Seram Tengok Ombak Kuat Badai Medan Selera Padang Kota & Pantai Bersih

Entertainment
18 Sep 2024 • 11:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak tengah hari semalam (Selasa), Pulau Pinang telah dilanda angin kencang dan air pasang luar biasa hingga menyebabkan ombak kuat melanda negeri itu.

Antara kawasan yang terjejas termasuklah Medang Renong di Padang Kota, Bagan Ajam di Butterworth dan Pantai Teluk Bayu di Bayan Lepas.

Menerusi perkongsian video yang tular di X, Medan Renong antara kawasan yang teruk terjejas apabila air laut dilihat melimpah masuk ke medan selera itu sehingga mengakibatkan lantai retak dan meja serta kerusi dibawa air deras.

Dalam video itu juga, kelihatan peniaga bertempiaran lari apabila air laut kuat membadai dan memasuki kawasan medan selera itu.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian ombak besar itu berlaku kurang dari satu jam, namun menyebabkan seluruh medan selera tersebut kotor.

Pun begitu, kawasan medan selera itu kembali bersih selepas petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selesai membersihkan medan selera berkenaan pada jam 3.45 petang.

Selain Medan Renong, tular juga video memaparkan kawasan Esplanade dan juga Bagan Ajam yang terjejas akibat badai ombak kuat.

Rata-rata netizen yang melihat situasi yang melanda pulau mutiara itu berasa seram dan mendoakan semoga mangsa yang terlibat selamat dari sebarang bahaya.

image is not available

image is not available

Marilah kita doakan semoga semuanya baik-baik saja buat warga Pulau Pinang. Buat masa ini, sebaiknya elakkanlah daripada terlibat melakukan sebarang aktiviti air.

Sumber: Sinar Harian, X, TikTok (1) (2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.