“Lantak Diorang Nak Terasa, Kitaorang Tak Nak MCO Lagi!” – Rakyat Ramal ‘Lockdown 2.0’ Bakal Berlaku?

3 Jan 2023 • 1:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular mengenai kes penularan kes varian COVID-19 yang sedang menular di negara China iaitu BA.5.2 dan BF.7 dapat dikesan di Malaysia dan ini dikatakan berlaku di kawasan lapangan terbang selepas membuat ujian covid test.

Susulan itu, rakyat Malaysia memohon agar kerajaan menutup sempadan daripada rakyat China memasuki ke negara bagi elakkan varian berkenaan terus-terusan merebak disini.

Tetapi, satu perkara yang membuatkan ramai berasa terkilan dengan kata-kata Menteri Pelancongan iaitu Tiong King Sing apabila beliau meminta rakyat Malaysia tidak meninggalkan komen tidak elok untuk pelancong China ekoran kes ini.

Tindakan menteri terbabit sama sekali tidak disokong oleh rakyat dan ramai berpendapat Tiong King Sing lebih memilih kerjasama bersama negara China daripada keselamatan penduduk Malaysia.

image is not available

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang diambil dan bimbang seandainya akan berlaku sekali lagi sejarah 2020 iaitu total lockdown ketika bulan puasa serta perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Sekadar info, sempadan negara China akan dibuka semula pada 8 Januari dan menteri pelancong meminta orang ramai untuk berhati-hati apabila meninggalkan komen di media sosial berkenaan ketibaan pelancong dari sana.

image is not available 1 hari lalu

Tular Remaja Bawah Umur Diperkosa Inspektor Dalam IPD, Forensik Jumpa Tompokan Mani Pada Cadar