Lantikan politik: Dr. Akmal bersyukur PM Anwar kini faham apa yang dilakukan BN

LocalPolitics
25 May 2025 • 1:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya mengiktiraf amalan lantikan politik dalam kerajaan sebagai sesuatu yang wajar.

Dr Akmal ulas lantikan politik dalam kenyataan PM

Menerusi satu hantaran ringkas di Facebook, Dr. Akmal meluahkan rasa syukur apabila Anwar kini dilihat memahami pendekatan yang pernah diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Alhamdulillah. Terima kasih PMX akhirnya memahami apa yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu,” katanya.

image is not available

PM jelaskan lantikan politik sebagai balas jasa baik

Kenyataan itu dibuat susulan ucapan Anwar dalam sesi penggulungan Kongres Nasional PKR di Johor Bahru semalam.

Dalam ucapan tersebut, Anwar menegaskan bahawa lantikan politik bukan penyalahgunaan kuasa, malah dianggap satu bentuk penghargaan kepada individu yang telah banyak menyumbang kepada perjuangan parti.

“Kita seharusnya beri jawatan kepada individu yang layak sebagai balasan kepada jasa dan sumbangan berpuluh tahun yang mereka berikan dalam perjuangan parti,” ujar Anwar seperti dilaporkan media.

image is not available

Dr Akmal pernah suarakan hal tersebut

Untuk rekod, pada Mei 2023, Dr. Akmal pernah menegur kerajaan pimpinan Anwar apabila beberapa individu politik daripada PH dilantik ke agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, yang dianggap bercanggah dengan prinsip reformasi yang dicanangkan.

image is not available

Artikel lain: “Nak jadi pemimpin boleh, tapi jangan kaut kekayaan negara” – PM Anwar

Kini, dengan pengakuan terbuka Anwar, Dr. Akmal melihatnya sebagai satu pengiktirafan terhadap pendekatan BN yang sekian lama dikecam.

Sumber: Facebook Dr Akmal Saleh