Lapan cedera bas terbalik

LocalTravel
15 Dec 2024 • 12:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Lapan orang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang berhampiran Kg Luanti Baru Ranau.

AdvertisementKatanya, dalam kejadian itu, bas persiaran yang membawa 23 penumpang itu tiba-tiba terbabas dan mengalami kemalangan sendiri.

Menurutnya, mangsa adalah lelaki dan wanita berusia antara 47 hingga 68 tahun.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Kami menerima panggilan kecemasan daripada pengguna jalan lain kira-kira jam 2.14 petang melalui Talian Stesen, dan sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi Kanan PBK II Becket Gumat bersama sebuah FRT dan sebuah jentera EMRS dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai, kami mendapati sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di bahu jalan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Terdapat lapan mangsa cedera daripada 23 penumpang bas itu, termasuk pemandu dan pembantu pemandu. Bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa bersama-sama anggota Kementerian Kesihatan,” katanya.

Tambah Ridwan, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan dua ambulans untuk rawatan lanjut. Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada jam 3.15 petang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau menyeru semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah ini, terutama di jalan kampung yang sempit dan berselekoh.

“Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca hujan selain jalan rosak atau kurang dibaik pulih,” katanya.