Lapan Juta Pengguna Perkhidmatan Bekalan Air Nikmati Pengecualian Kenaikan Caj SST – PETRA

2 Mar 2024 • 11:00 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seramai lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87% domestik & 13% bukan domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai 1 Mac 2024.

Nikmati pengecualian kenaikan caj SST

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung Malaysia & Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkesan dalam kenaikan caj tersebut.

image is not available

Foto: BERNAMA

“Kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

PETRA juga mengingatkan orang awam untuk menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri.

image is not available

Foto: BERNAMA

Berkuatkuasa 1 Mac 2024, kadar baharu SST naik kepada 8 peratus berbanding 6 peratus seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lalu.

Difahamkan, ia adalah sebahagian usaha kerajaan bagi meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.