Lapan kedai musnah kebakaran di Sabak Bernam

19 Jul 2022 • 1:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 JULAI: Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Menteri, Sabak Bernam musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.56 malam dan seramai 34 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Anggota terlibat adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, BBP Sungai Besar, BBP Sekinchan, BBP Hutan Melintang termasuk bomba sukarela.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 1.31 pagi Selasa dan padam sepenuhnya jam 2.10 pagi hari sama. Kejadian ini menyebabkan 90 peratus bangunan musnah,” katanya.

Beliau berkata tiada kecederaan atau kematian akibat kejadian melibatkan empat kedai tayar, dua kedai makan dan masing-masing sebuah kedai motosikal dan kedai nombor ekor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved