Lapan maut, dua cedera kemalangan kenderaan di Sarikei

21 Nov 2024 • 10:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SIBU, 21 NOV: Lapan orang termasuk tujuh warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kawasan berhampiran Sebanyak, Pan Borneo Jalan Sarikei–Sibu, kira-kira 20 kilometer dari Sarikei, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata kesemua mangsa yang maut menaiki Perodua Alza manakala pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan.

“Sebaik menerima panggilan pada 3.40 petang, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dengan sembilan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.

“Terdapat dua mangsa menaiki pacuan empat roda dikeluarkan orang awam dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Jurucakap itu berkata dua mangsa tercampak keluar manakala enam lagi tersepit di dalam kenderaan dan kesemuanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved