
Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di lapan negeri sehingga jam 10 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh negeri Perlis.
Selain itu, amaran turut melibatkan Kedah iaitu di Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik.
Di Perak pula, hujan diramal melanda Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Bagi negeri Kelantan, ia membabitkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
Monsun Barat Daya Bermula Esok, Apa Yang Bakal Kita Hadapi Sepanjang Tempoh Ini?
Manakala di Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.
MetMalaysia berkata hujan lebat turut dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di negeri Johor.
Beralih ke Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan kawasan Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Subis).
Di Sabah, hujan diramal di daerah Pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.
