
Lapan Negeri Diramal Hujan Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal hujan.
Manakala seluruh kawasan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut dijangka hujan pagi ini.
“Di Kedah, hanya daerah Langkawi diramal hujan sementara di Perak termasuk Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Bagi Terengganu, beberapa kawasan seperti Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dijangka hujan. Manakala di Pahang meliputi daerah Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Di Negeri Sembilan empat daerah diramal hujan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau Selain di Melaka melibatkan Alor Gajah dan Melaka Tengah.
“Beralih ke Johor, beberapa kawasan juga diramal hujan pagi ini seperti Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum MetMalaysia dalam kenyataan pada pagi ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid05rMMoKjo5WLhqHaQcYXi8YrFvsGaKX19UedG31n9EfP8JSNAcc89PCWiMpBaLAQtl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Konflik Kemboja-Thailand: PM Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump
The post Lapan Negeri Diramal Hujan Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.


