Lapan Parti Politik Utama Berteras Islam, Melayu Dan Bumiputera Duduk Semeja

LocalPolitics
5 Mar 2026 • 11:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lapan parti utama negara berteras Islam, Melayu dan Bumiputera berhimpun semeja dalam satu pertemuan, malam tadi.

Perkara berkenaan dikongsi oleh Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebook peribadinya.

Menurut perkongsian tersebut, perhimpunan itu diadakan menerusi Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang berlangsung di ibu Pejabat UMNO, WTC Kuala Lumpur.

Antara parti politik yang terlibat termasuk UMNO, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan AMANAH. Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), BERJASA, KIMMA, serta Parti Ikatan Bangsa (IKATAN) turut menyertai perhimpunan berkenaan.

image is not available
Kredit: Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Baca juga:

Beliau berkata, perhimpunan tersebut bertujuan mencari persefahaman dalam kepentingan bersama berkaitan Islam, Melayu dan Bumiputera.

“Saya diamanahkan oleh Presiden UMNO YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan Musyawarah kali pertama ini yang dicetuskan beliau untuk menghimpunkan pelbagai parti-parti tidak kira dari blok kerajaan mahupun pembangkang demi maslahah ummah dan Islam,” maklum beliau.

image is not available
Kredit: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Parti politik harus bersatu dalam soal kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera

Katanya, perbezaan pandangan dari blok kerajaan dan pembangkang merupakan lumrah dalam sistem demokrasi.

“Namun apabila menyentuh soal kepentingan Islam, kedudukan Melayu serta masa depan Bumiputera, ia seharusnya menjadi titik temu yang menyatukan kita semua melangkaui perbezaan politik kepartian,” jelas beliau.

image is not available
Kredit: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menerusi pertemuan tersebut, wakil parti sebulat suara bersepakat menubuhkan Sekretariat Musyawarah Parti-Parti Teras Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai pentas perbincangan, perundingan dan dialog terbuka yang bersifat tulus dan telus.

Sekretariat berkenaan ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama berkenaan kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera secara berterusan.