Lapan penjawat awam cemas terperangkap kepala air di Belukar Bukit

25 Feb 2025 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai lapan individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air. Foto ihsan orang awam

image is not available
Kesemua mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Foto ihsan orang awam

HULU TERENGGANU - Seramai lapan individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Sungai Ceh di Belukar Bukit di sini akibat kejadian hujan lebat pada Isnin.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zaharim Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 5.50 petang.

Beliau berkata, kesemua mangsa terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita itu merupakan kakitangan Pejabat Daerah dan Geosains Mineral.

"Mereka pergi ke kawasan itu pada waktu pagi bagi melakukan kerja-kerja penandaan mata air panas.

**media[3022534]**

"Bagaimanapun sewaktu perjalanan pulang, mereka tidak dapat menyeberangi sungai akibat arus deras berikutan hujan lebat melanda di kawasan tersebut.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kesemua mangsa telah selamat menyeberangi sungai tersebut menggunakan rotan sebagai tali dengan bantuan orang kampung. Ketika itu air sudah mula surut," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Zaharim berkata, kesemua mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kesemua mangsa tiba di kawasan stesen mini hidro kira-kira jam 7 petang dan operasi ditamatkan sejurus kemudian," ujarnya.