Lapan Penuntut Malaysia Terbabit Nahas: KLN, Kedutaan Besar Malaysia Di Kaherah Dan EME Pantau Mangsa

27 Jan 2025 • 11:12 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Susulan kes kemalangan menimpa lapan penuntut Malaysia di Mesir pada Ahad, Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) memantau rapi keadaan pelajar Universiti Al-Azhar berkenaan.

Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam KLN menyatakan bahawa pegawai EME turut melawat penuntut terbabit di Hospital As Salam Port Said dengan segera untuk memberikan bantuan dan mengetahui keadaan mereka.

Lapan penuntut Malaysia

image is not available

Foto: Facebook Education Malaysia Egypt

“Lima daripada penuntut terbabit mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Tiga lagi yang dalam pemantauan akan dipindahkan ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut,” katanya.

image is not available

Foto: Facebook Education Malaysia Egypt

Menurutnya lagi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah memberikan sokongan kepada penuntut berkenaan dan akan terus memantau dengan teliti untuk memastikan kesejahteraan mereka.

Pihak kementerian juga akan terus berkongsi maklumat terkini sekiranya perlu.

image is not available

Foto: Facebook Education Malaysia Egypt

Terdahulu, media melaporkan lapan penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar mengenai kemalangan jalan raya terbabit itu berlaku kira-kira 12 tengah hari semalam.

Lima pelajar Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon mengalami luka-luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Manakala tiga lagi pelajar Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi telah dibawa ke hospital Sayed Galal untuk rawatan lanjut.

Sumber: Berita Harian (Redzuan Muharam), Facebook Education Malaysia Egypt