Lapangan Terbang Dallas bina tempat wuduk

15 Aug 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lapangan Terbang Dallas bina tempat wuduk

DALLAS: Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth (DFW), Amerika Syarikat (AS)  bakal menyediakan kemudahan tempat mengambil wuduk di dalam bilik air awamnya bagi keselesaan pengguna, menurut Jabatan Pelesenan dan Peraturan Texas.

Projek penambahan kemudahan wuduk khas itu telah didaftarkan secara rasmi dengan pihak berkuasa pengawal selia Texas pada 31 Julai lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

“Projek ini merangkumi pe­nambahan tempat mengambil wuduk di dalam bilik air sedia ada di aras ruang legar Terminal D,” menurut perincian projek berkenaan.

Projek tersebut dibiayai se­cara persendirian dan dijang­ka menelan kos kira-kira AS$300,000 (RM1.2 juta). 

Penambahbaikan ini bertu­juan untuk mengelakkan ta­kungan air di atas lantai bilik air standard dan melindungi sinki, menurut dokumen ter­sebut.

Besin paras rendah dan ruang pelbagai agama yang serupa sudah wujud di hab lapangan terbang antarabangsa utama lain di seluruh AS, termasuk Chicago O’Hare.

Sebahagian  pihak konser­va­tif meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial berhubung pelan projek itu.

Terdapat juga pihak lain menggesa orang ramai agar mengambil pendekatan yang lebih rasional dengan menegaskan bahawa stesen baharu itu bukan untuk mempromosikan sebarang ideologi.

“Orang ramai terlalu emosi berhubung tempat  basuh kaki di DFW, tetapi kita (perlu) lihat fakta sebenar sebelum membuat kesimpulan. 

“Ini bukan tentang mempromosikan sesuatu ideologi, ini ialah pengurusan asas lapangan terbang,” tulis aktivis konservatif, Ryan Fournier di media sosial.– AGENSI

The post Lapangan Terbang Dallas bina tempat wuduk appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved