Lapangan Terbang Dubai Dan Hotel Mewah Burj Al Arab Alami Kerosakan Terkena Bedil*n Peluru Berpandu

WorldTravel
1 Mar 2026 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan hotel mewah Burj Al Arab yang menjadi ikon pelancongan Dubai dilaporkan mengalami kerosakan selepas terkena bedilan peluru berpandu susulan ketegangan melibatkan Israel, pangkalan tentera Amerika Syarikat dan Iran.

Menurut laporan Reuters, empat individu dilaporkan cedera dalam kejadian di lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun, Pejabat Media Dubai memaklumkan menerusi platform X bahawa hanya sebuah ruang legar di lapangan terbang itu mengalami kerosakan kecil dan keadaan kini telah berjaya dikawal.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Rakyat Qatar Panik, Iran Serang Pangkalan AS Di Qatar

Selain lapangan terbang, bangunan pencakar langit hotel Burj Al Arab juga turut mengalami kerosakan selepas serpihan bedilan telah menyebabkan kebakaran pada bahagian luar hotel.

@bernamatvofficial

Pihak berkuasa Dubai pada Ahad memaklumkan bahawa sebuah dron telah dipintas di ruang udara bandar itu, dengan serpihan yang terjatuh mencetuskan kebakaran terhad pada bahagian luar bangunan hotel mewah ikonik Burj Al Arab, lapor Anadolu Ajansi. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, Pejabat Media Dubai menyatakan pasukan Pertahanan Awam bertindak balas dengan segera dan berjaya mengawal keadaan. Tiada kecederaan dilaporkan. Awam digitalbernamatv burjalarab dubai

♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

Ketegangan di Timur Tengah ini juga menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan kerana ruang udara di kawasan tersebut berisiko tinggi.

Sumber: Reuters

Sumber: X Dubai Media Office

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.