Lapangan terbang Hamburg ditutup selepas lelaki ‘rempuh premis, lepas tembakan ke udara’

5 Nov 2023 • 12:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HAMBURG (Germany): Lapangan Terbang Hamburg ditutup selepas seorang lelaki bersenjata merempuh premis itu dan melepaskan dua das tembakan ke udara, kata jurucakap polis persekutuan Thomas Gerbert pada petang Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam (1900 GMT), seorang lelaki bertindak merempuh pintu pagar dengan kenderaannya dan meluru ke anjung lapangan terbang, katanya kepada agensi berita Jerman (dpa).

Lelaki itu kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke udara. Dua kanak-kanak dipercayai berada dalam kenderaan terbabit.

Isteri lelaki itu sebelum ini dilaporkan telah menghubungi polis mengenai kemungkinan penculikan anak-anakya.

Polis peringkat negeri dan persekutuan dikerah ke lokasi kejadian, kata Gerbert.

Lapangan terbang yang sama pernah ditutup pada Oktober kerana ancaman serangan ke atas penerbangan dari Tehran ke Hamburg. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved