
MOSCOW: Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) melancarkan siasatan terhadap agensi anti-doping Sepanyol CELAD dan menuntut penjelasan atas kegagalan organisasi itu menghukum atlet kerana melanggar peraturan anti-doping, Sputnik memetik laporan portal berita sukan Sepanyol Relevo pada Selasa.
Pada Disember lalu, portal itu melaporkan bahawa CELAD beberapa kali tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap atlet yang melanggar peraturan anti-doping antara 2017 dan 2022.
Organisasi itu dilaporkan mengeksploitasi kelemahan dalam prosedur birokrasi.
WADA menuntut maklum balas segera daripada CELAD berhubung pelanggaran berkenaan dan diberi tempoh tiga bulan untuk memperbetulkan keadaan.
Sekiranya gagal, WADA mengancam memulakan prosedur pengesahan pematuhan terhadap CELAD berdasarkan Kod Anti-Doping Dunia. -Bernama
