Laporan Oleh Ookla Dan OpenSignal Memperlihatkan U Mobile Sebagai Pengendali Rangkaian 5G Terbaik Di Malaysia

LocalTechnology
18 Sep 2026 • 10:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laporan Oleh Ookla Dan OpenSignal Memperlihatkan U Mobile Sebagai Pengendali Rangkaian 5G Terbaik Di Malaysia

Sejak mengendalikan rangkaian 5G kedua Malaysia, dan memperkenalkan rangkaian ULTRA5G mereka tersendiri, U Mobile dilihat telah tampil sebagai salah satu daripada syarikat telekomunikasi tempatan yang terbaik di Malaysia, menurut laporan-laporan oleh Ookla dan juga OpenSignal, dua syarikat yang dikenali dan dipercayai untuk audit dan ujian rangkaian telekomunikasi di seluruh dunia.

U Mobile baru-baru ini telah diberi dua anugerah melalui Ookla Speedtest Awards, dan ia termasuklah anugerah Rangkaian Mudah-Alih Terbaik Di Malaysia dan juga Rangkaian 5G Terpantas di Malaysia sepanjang separuh pertama 2026 (Q1-Q2 2026) untuk tahun 2026.

Image from: Laporan Oleh Ookla Dan OpenSignal Memperlihatkan U Mobile Sebagai Pengendali Rangkaian 5G Terbaik Di Malaysia

U Mobile mencapai markah Speedtest Connectivity Score tertinggi sebanyak 80.34 mata, yang mengukur prestasi rangkaian dunia sebenar dengan menggabungkan prestasi kelajuan, pelayaran web dan penstriman video. Mereka juga mencatatkan Skor Kelajuan 5G tertinggi sebanyak 67.26 mata serta kelajuan muat turun median 5G terpantas di Malaysia pada kadar 348.73 Mbps.

Image from: Laporan Oleh Ookla Dan OpenSignal Memperlihatkan U Mobile Sebagai Pengendali Rangkaian 5G Terbaik Di Malaysia

Laporan kualiti rangkaian oleh OpenSignal juga mengatakan bahawa U Mobile merupakan rangkaian yang telah bertambah baik dengan cukup pesat sekali, khususnya dari aspek kebolehpercayaan, yang kini telah meningkat sehinggalah mencatatkan peningkatan sebanyak 99 mata berbanding laporan sebelumnya.

Image from: Laporan Oleh Ookla Dan OpenSignal Memperlihatkan U Mobile Sebagai Pengendali Rangkaian 5G Terbaik Di Malaysia

Sama seperti apa yang dilaporkan oleh Ookla, laporan Opensignal turut memberi gambaran bahawa rangkaian ULTRA5G oleh U Mobile kini adalah rangkaian yang bukan sahaja paling stabil, tetapi juga terpantas di Malaysia melalui anugerah-anugerah Download Speed Experience dan Upload Speed Experience mereka.

Image from: Laporan Oleh Ookla Dan OpenSignal Memperlihatkan U Mobile Sebagai Pengendali Rangkaian 5G Terbaik Di Malaysia

Malah, U Mobile telah memenangi 51 anugerah dengan sendirinya dan berkongsi 64 anugerah OpenSignal yang lain, menjadikannya syarikat pembekal rangkaian telekomunikasi dengan kualiti dan juga pengalaman pengguna yang terbaik di Malaysia setakat ini.

Image from: Laporan Oleh Ookla Dan OpenSignal Memperlihatkan U Mobile Sebagai Pengendali Rangkaian 5G Terbaik Di Malaysia

Laporan oleh Ookla dan juga OpenSignal memperlihatkan peningkatan kekuatan dan kemampuan rangkaian ULTRA5G U Mobile serta kelebihan yang ditawarkan kepada para pelanggan mereka, seperti kelajuan yang lebih pantas dan juga konsisten.

Sumber: Ookla, OpenSignal

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved