
Susulan pembukaan tempahan awal bagi siri Oppo A7 tempoh hari, kini Oppo Malaysia rasmi mengumumkan harga jualan untuk dua model pertengahan terbaru Oppo A7 Pro dan Oppo A7 Pro Max 5G di Malaysia.
Merupakan kesinambungan kepada Oppo A6 Pro, ini merupakan kali pertama Oppo memperkenalkan varian ‘Pro Max’ dalam barisan siri A. Antara penambahbaikan utama yang dibawakan termasuklah kapasiti bateri gergasi sehingga 10,000mAh dan ketahanan fizikal bertaraf ketenteraan.
Harga Oppo A7 Pro 5G dan A7 Pro Max 5G di Malaysia
Untuk harga, Oppo A7 Pro 5G ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu 6GB + 256GB dan 8GB + 256GB, dengan harga bermula RM1,699. Sementara itu, Oppo A7 Pro Max 5G hanya tersedia dalam konfigurasi 8GB + 256GB pada harga RM2,499.

Bagi meraikan pelancaran ini, Oppo masih meneruskan promosi mereka dengan menawarkan rebat dan penjimatan sehingga RM380. Menerusi promosi jualan awal sehingga 31 Oktober 2026, Oppo menawarkan rebat RM200 untuk model A7 Pro Max 5G dan rebat RM100 untuk model A7 Pro 5G.
Selain itu, pembeli dalam tempoh ini turut berpeluang mendapatkan pembesar suara tanpa wayar Oppo serta fon putik Oppo Enco Buds 3 pada harga yang lebih murah.
Anda boleh membeli Oppo A7 Pro dan A7 Pro Max menerusi lazada dan Shopee.
Spesifikasi Oppo A7 Pro dan A7 Pro Max

Kedua-dua model ini hadir dengan rekaan 3D berasaskan ombak yang diinspirasikan daripada alam semula jadi. Namun, model dilengkapi Multi-Colour Breathing Light, lampu yang berfungsi untuk notifikasi, panggilan masuk, dan status pengecasan.
Dari segi ketahanan, kedua-dua peranti turut membawa ketahanan hentakan tahap tentera serta penarafan kalis air dan debu IP69K.

Di bahagian depan, Oppo A7 Pro Max dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.78″ dengan kecerahan puncak 1,800 nits, manakala model A7 Pro pula menerima panel sedikit lebih kecil bersaiz 6.57 dengan kecerahan puncak 1,400 nits. Kedua-duanya turut menyokong resolusi 1.5K (2772×1272 piksel) serta kadar penyegaran 120Hz.
Untuk prestasi, Oppo A7 Pro Max 5G dijana cip Qualcomm Snapdragon 4 Gen 5, bersama sistem penyejukan SuperCool VC seluas 5,000mm². Manakala A7 Pro 5G pula dijana cip MediaTek Dimensity 6360 MAX dengan sistem penyejukan SuperCool VC sedikit lebih kecil bersaiz 4,300mm².

Bagi kamera hadapan, kedua-dua model dilengkapi kamera 50MP ultralebar, dan dua kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor 1/2″ dan kamera monokrom 2MP. Dari segi ciri fotografi berasaskan AI, kedua-dua model turut disokong AI Popout, AI Remix Collage, AI Portrait Glow, dan AI Portrait Retouching untuk membantu pengguna menghasilkan kandungan yang lebih menarik untuk dikongsi.
Untuk tenaga, model A7 Pro Max 5G membawa bateri besar 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Sementaran itu, model Pro pula ada bateri sedikit lebih kecil pada 8,000mAh yang menyokong pengecasan 45W. Kedua-duanya turut disertakan dengan sokongan pengecasan terbalik.

Sejurus keluar kotak, kedua-duanya turut menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16. Oppo turut menjanjikan kelancaran sistem sehingga 6 tahun bagi kedua-dua model.
Maklumat lanjut tentang spesifikasi boleh anda dapatkan di laman produk Oppo A7 Pro Max 5G dan Oppo A7 Pro 5G.




