Laporan polis masih boleh dibuat walaupun pintu pagar balai polis ditutup 10 malam

10 Jul 2024 • 10:56 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Laporan polis masih boleh dibuat walaupun pagar balai polis ditutup selepas 10 malam sebagai langkah memperketatkan kawalan dan keselamatan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan jawapan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat semalam, secara prinsipnya merujuk kepada garis panduan dan langkah berjaga-jaga bagi balai yang berada dalam kategori berisiko terhadap ancaman.

“Tentunya tidak munasabah apabila kenyataan tersebut ditafsirkan semula oleh sesetengah pihak sebagai ‘tutup pagar’ secara total sedangkan pihak polis bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam,“ menurut kenyataan itu.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, Saifuddin Nasution semasa menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot (GPS-Serian) berkata pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan berikutan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi antara keperluan masyarakat untuk ke balai polis dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas, katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain semasa dihubungi semalam, berkata penyampaian perkhidmatan polis masih berjalan seperti biasa dan orang ramai tetap boleh membuat aduan dan laporan walaupun pintu pagar ditutup.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.