Laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 3:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini

PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju bahawa Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) diklasifikasikan semula dan didedahkan pada hari inI.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan ini juga akan dibentangkan dan dibahaskan di satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

“Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa Laporan ini telah menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan dan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75 peratus dari syor tersebut.

“Jemaah Menteri turut mengambil maklum bahawa TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, sekali gus menunjukkan bahawa pengurusannya kini berada dalam keadaan lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fahmi, Jemaah Menteri memutuskan bahawa siasatan penuh oleh badan-badan penguatkuasaan berdasarkan laporan ini akan diteruskan serta-merta, dan pihak-pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang.

Terdahulu, Jemaah Menteri hari ini telah diberi taklimat oleh pengurusan tertinggi TH dan memperhalusi Laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020.-UTUSAN

The post Laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved