Laporan RCI: ‘TH dalam keadaan sangat baik, pendeposit tak perlu bimbang’

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Laporan RCI: ‘TH dalam keadaan sangat baik, pendeposit tak perlu bimbang’

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan kepada lebih 9.7 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak perlu bimbang susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerana institusi itu kini berada dalam keadaan yang sangat baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan, berkata, kedudukan TH kini semakin kukuh dengan peningkatan dari segi keuntungan dan rizab, sekali gus memberi keyakinan terhadap keupayaan institusi tersebut.

Beliau berkata, kepentingan pendeposit dan pihak berkepentingan merupakan antara mandat paling penting yang akan terus dipelihara kerajaan bersama pengurusan TH sedia ada.

“Jadi kepada semua pendeposit, jangan bimbang kerana kini Tabung Haji dalam keadaan yang sangat baik.

“Insya-Allah institusi ini akan terus dipelihara kerajaan bersama pengurusan yang ada pada hari ini,” katanya selepas berucap pada Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat dan Wakaf 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menerbitkan Laporan RCI berkenaan siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih itu mengandungi empat bab utama laporan berkenaan meliputi pengenalan, latar belakang pengurusan dan operasi TH, penemuan dan cadangan RCI serta rumusan yang menggariskan 25 syor penambahbaikan. – KOSMO! ONLINE

The post Laporan RCI: ‘TH dalam keadaan sangat baik, pendeposit tak perlu bimbang’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved