Laptop mesra alam Acer Vero 14 diperbaharukan dengan cip Intel generasi ke-13 dan rebat RM500

22 Jun 2023 • 7:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain daripada monitor mesra alam, Acer turut memperkenalkan sebuah laptop dalam siri Vero mereka. Kali ini ia tampil dengan warna baharu dan spesifikasi lebih segar.

image is not available

Acer Aspire Vero 14 daripada luaran nampak seperti laptop biasa. Namun, perlu anda ketahui yang 40% badan plastiknya diperbuat daripada plastik post-consumer recycled (PCR). Penggunaan PCR pada versi ini lebih tinggi daripada generasi sebelumnya. Mereka juga katakan berjaya turunkan jejak karbon sebanyak 30% melalui proses pengeluaran yang telah dioptimumkan.

image is not available

Daripada segi spesifikasi, Vero 14 adalah sebuah laptop dengan paparan 14". Panelnya adalah daripada jenis IPS dengan kecerahan setinggi 300 nits. Laptop memiliki papan utama yang ditunjangi CPU sehingga Core i7-1355U. Model yang paling berkuasa dilengkapi kombinasi RAM dan Storan 16GB LPDDR4X dan storan 512GB SSD.

image is not available

Beralih kepada penawaran I/O, anda akan menemui 1 HDMI, 2 USB-A, 1 USB-C (Thunderbolt 4), dan juga 1 jek audio 3.5mm. Sistem bateri yang membekalkan tenaga kepada laptop ini memiliki kapasiti 50Wh dan berat keseluruhan Acer Vero 14 adalah 1.5kg.

image is not available

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Acer dalam memacu inisiatif cinta alam, Acer Aspire Vero 14 boleh didapati melalui Lazada ataupun Shopee pada harga seperti berikut:

  • Acer Aspire Vero 14, Intel Core i3-1315U, 8GB RAM, 512GB SSD  RM2,599
  • Acer Aspire Vero 14, Intel Core i5-1335U, 8GB RAM, 512GB SSD  RM3,099
  • Acer Aspire Vero 14, Intel Core i7-1355U, 16GB RAM, 512GB SSD  RM3,899

Mereka sedang mengadakan promo menarik ke atas laptop ini. Anda boleh dapat rebat sehingga RM500 bila anda tukar beli laptop lama anda dengan Acer Asprei Vero 14 ini. Promosi ini berlangsung sehingga September 2023.