Larangan Penjualan Iphone 16 Di Indonesia Dikekalkan

LocalTechnology
10 Jan 2025 • 7:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, berita mengenai negara Indonesia ‘mengharamkan’ penjualan telefon pintar jenama Apple, Iphone 16 di negara tersebut susulan gagal memenuhi peraturan pelaburan tempatan yang memerlukan 40 peratus telefon dibuat dari bahan negara itu telah meraih perhatian ramai.

image is not available

Namun, Menteri Pelaburan, Rosan Roeslani memaklumkan syarikat berkenaan berjanji akan melabur sebanyak AS$1 bilion sebagai pelaburan bagi membina kilang AirTag di Pulau Batam, yang dijangkakan membekal 65 peratus daripada bekalan global.

Bagaimanapun, cadangan tersebut telah pun ditolak oleh pihak Indonesia sewaktu mesyuarat antara kedua-dua pihak dilakukan, baru-baru ini.

image is not available

AirTag ialah aksesori, bukan komponen atau sebahagian daripada gajet. Jika Apple ingin menjual iPhone 16 secepat mungkin, keputusan berada di tangan mereka, sila balas cadangan balas kami dengan segera.

Sebelum ini, Apple ada menawarkan peningkatan pelaburan sebanyak AS$100 juta bagi menarik balik larangan penjualan Iphone 16 di negara itu, tetapi pihak Indonesia menolak tawaran tersebut.

image is not available 3 months ago

"Selagi Apple Tak Labur RP235 Bilion, Iphone 16 Dilarang Jual Di Jakarta" - Menteri Perindustrian Indonesia