“Lari dari cukai ke?” – Stokis Dakwa HQ Paksa Ambil Stok Inai Banyak-banyak & Bayar Guna Cash?

Entertainment
9 Aug 2022 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ni, ramai founder yang ambil stokis dan ejen untuk membantu luaskan lagi penjualan produk dorang kan?

Tapi baru-baru ni, seorang pengguna TikTok kongsikan perkongsian seorang stokis yang telah dipaksa founder inai untuk membawa wang tunai sebanyak RM70,000 untuk ambik stok di kilang.

Tanya banyak kali tak boleh ke bayar online. I transfer siap siap sebelum pick up pun tak boleh. Kena cash sahaja. Bawak la cash sambil doa tak jadi apa-apa.”

image is not available

Dakwaan ini juga turut disahkan oleh stokis lain dengan mengatakan pihak HQ telah mengugut sekiranya tidak bayar menggunakan wang tunai, mereka tak dapat untuk ambil stok awal dan akan ditolak ke tarikh lain.

100k mesti cash kalau tak dorang tak nak accept. Suami mengamuk nak pergi buat report polis. Anything happen memang nak HQ bertanggungjawab.”

image is not available

image is not available

Menerusi ruangan komen, ramai netizen bersetuju yang cara ini memang bahaya kerana takut terjadi apa-apa di tengah jalan sebelum sempat ambil stok.

Selain itu juga, ada yang membuat spekulasi bahawa cara ini dibuat supaya founder tersebut boleh lari dari membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan turut mengatakan ia merupakan cara yang digunakan oleh banyak founder lain.

image is not available

Siapa stokis atau ejen dekat sini? Betul ke selalu kena bayar pakai cash? Cuba korang share sikit…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article