Larian Melalui Terowong Lebuh Raya Pertama, ‘Anak Sarawak Run’ Bakal Masuk Malaysian Book Of Records

16 Oct 2022 • 11:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini merupakan larian melalui terowong lebuh raya yang pertama dalam sejarah negara.

Larian Melalui Terowong Lebuh Raya Pertama, ‘Anak Sarawak Run’ Bakal Masuk Malaysian Book Of Records. ‘Anak Sarawak Run’ yang akan berlangsung tidak lama lagi ini dianjurkan oleh pihak Sukarelawan Sarawak dan merupakan salah satu program menarik dianjurkan buat ‘Lan Berambeh Anak Sarawak 2022’.

Dilaporkan, menurut Dato Sri Fadilah Yusof, larian ‘Anak Sarawak Run’ bakal dianjurkan di Kuala Lumpur tidak lama lagi dan akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai larian pertama yang melalui terowong lebuh raya.

image is not available
Larian Melalui Terowong Lebuh Raya Pertama, ‘Anak Sarawak Run’ Bakal Masuk Malaysian Book Of Records. Gambar sekadar hiasan

Mendapat penyertaan yang menggalakkan

Program ‘Anak Sarawak Run’ setakat ini telah mendapat kira-kira 6,200 penyertaan terutamanya daripada pelajar universiti.

Dato Sri Fadilah yang juga merupakan Pengerusi Penganjur bagi ‘Lan Berambeh Aanak Sarawak 2022’ berkata demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa, Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Setelah 2 tahun tergendala gara-gara pandemik, program Lan Berambeh ini kembali lagi dengan lebih baik dan lebih meriah.

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai Lan Berambeh 2022 di sini: