“Dah Macam GTA” – Cetus Perbuatan Khianat, Polis Buru Suspek Rempuh Kenderaan Awam

11 Oct 2022 • 12:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial beberapa rakaman video kekecohan yang berlaku di sekitar kawasan kelab malam di Bintulu, Sarawak.

Menerusi video yang tular di Twitter itu, dapat dilihat orang ramai mengejar sambil membaling objek ke arah sebuah trak pikap sebelum pemandunya mengundur dan merempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi ASX berwarna putih sehingga menyebabkan bahagian hadapannya menjadi rosak teruk.

Polis sedang mengesan suspek yang terlibat

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bintulu telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya sedang mengesan suspek yang terlibat dengan kejadian tersebut menerusi laman rasmi Facebook PDRM Bintulu.

Video yang tular itu mendapat respon daripada warganet yang bersimpati dengan keadaan menimpa pemilik kenderaan yang terlibat di sekitar kawasan tersebut dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan oleh pihak polis dengan segera.

Kredit: TikTok nan manjoi | Facebook PDRM Bintulu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media