Latif Romly sah suami Nurul Nabila Farhana dengan sekali lafaz

13 Dec 2022 • 4:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ATLET paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly selamat bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana Musaidi.

Majlis akad nikah yang berwalikan bapa Nurul Nabila sendiri dikongsikan Latif menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dengan hanya sekali lafaz, Latif sah menjadi suami kepada Nurul Nabila dengan mas kahwin sebanyak RM1,312.

Memakai sepersalinan putih daripada Seth & Luna, Latif menyarungkan cincin kepada kepada Nurul Nabila selepas upacara akad nikah.

Latif dan Nurul Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021. Mereka merupakan rakan sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis.

image is not available

Nurul Nabila yang merupakan seorang guru menyokong kuat karier Latif.

Rakan atlet dan warga maya menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina berkekalan.

-“Tahniah Latif! Selamat pengantin baru.”

-“Selamat pengantin baru Datuk Abdul Latif Romly dan Datin Nurul Nabilah. Semoga hingga ke jannah, aamiin.”

-“Tahniah Datuk, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.”

– “Tahniah Latif dan isteri.”

Seminggu lalu, Latif dilihat memuat naik video yang memaparkan gambar pra perkahwinan mereka.

image is not available

Latif merupakan penyumbang pingat emas buat negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro dalam acara lompat jauh T20.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.