Dapat Petunjuk Lepas Seminggu Solat Istikharah, Hana Ismail Dan Dai Syed Hanya Sebulan Kenal

Entertainment
4 Dec 2022 • 1:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama personaliti TV, Hana Ismail mula menjadi tumpuan selepas dia bertunang dengan peserta program dakwah, Dai’ Syed Iqmal pada Oktober lalu.

Semalam, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Bercakap mengenai hubungan mereka, pasangan ini rupanya diperkenalkan oleh Umie Aida.

Mereka juga tak kenal lama, lebih kurang sebulan setengah kenal terus ambil keputusan untuk nikah.

Memetik laporan mStar, Hana berkata, Dai’ Syed tak ada ciri-ciri lelaki idamannya. Dia buat solat sunat istikharah selama seminggu untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT.

image is not available

Dia berasa ragu-ragu kerana jarak umur mereka adalah 9 tahun. Hana berusia 36 manakala Dai’ Syed berusia 27 tahun.

Alhamdulilah selepas sesi perkenalan kami, kemudian saya buat solat istikharah selama seminggu, dapat jawapan untuk kahwin dengannya.

Bagi Dai Syed pula, dia memang tak mahu ambil masa yang lama untuk kahwin. Dia terpikat dengan budi pekerti Hana yang baik serta suka ke majlis ilmu.

Alhamdulilah, kalau dah jodoh memang semuanya dipermudahkan. Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved