Latif Romly tetap juara di hati keluarga

8 Sep 2024 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salmah (kanan) ditemani Romly (kiri) menunjukkan gambar kemenangan anak lelakinya yang meraih pingat Perak Sukan Paralimpik 2024 Paris.

PADANG BESAR - Keluarga Datuk Abdul Latif Romly berbangga dengan pencapaian jaguh olahraga para negara itu yang meraih pingat perak acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik 2024 Paris di Stade de France pada Sabtu.

Bapanya, Romly Mat,74, berkata, anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu telah menjadi juara di hati mereka sejak dari dahulu lagi.

Beliau berkata, mereka sekeluarga berbangga dengan pencapaian dan pengorbanan dilakukan atlet berusia 27 tahun itu selama ini.

"Berasa bangga (Latif) dapat pingat perak, bukan senang (dapatkan pingat) untuk negara.

"Sebelum ini, (saya) hanya pesan untuk buat yang terbaik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Beseri, di sini, pada Ahad.

Sementara itu, ibunya, Salmah Yatim, 68, menyifatkan kalah atau menang adalah adat dalam perlawanan.

Menurutnya, kegembiraan mereka bukan hanya terletak pada pencapaian pingat, tetapi usaha gigih yang dipamerkan anak mereka dalam saingan lompat jauh T-20 itu.

Sebelum ini, Abdul Latif membawa pulang pingat perak yang dimenangi dalam acara lompat jauh lelaki T20 pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Pencapaian Latif Romly menyaksikan Malaysia menambah satu lagi perak selepas rakan sepasukannya, Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).

Malaysia sudah memperoleh dua emas menerusi jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou bagi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dan atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin bagi kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Seorang lagi atlet olahraga para negara Eddy Bernard menyumbang gangsa dalam acara 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved