Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas

3 Jun 2023 • 5:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

PM Anwar mahu murid dididik bersihkan kemudahan tandas sekolah.

Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas. Kebersihan tandas adalah amat penting kerana tandas merupakan keperluan asas manusia yang kerap digunakan. Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita seharusnya memastikan tandas yang kita gunakan dalam keadaan yang bersih dan juga selesa.

Dipetik daripada Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.

image is not available
Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas . Kredit foto: Astro Awani

Hasil pemeriksaan tandas sekolah

Anwar berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memeriksa tandas-tandas berkenaan bagi memastikan setiap murid bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mendapat kemudahan yang selesa.

Bila saya suruh Fadhlina (Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek) periksa tandas di sekolah-sekolah, banyak yang rosak, berpuluh tahun tiada siapa peduli.

“Bagaimana kita nak hantar anak ke sekolah kalau tandas rosak. Anak kita manusia, bukan dewa yang tak perlu ke tandas,” katanya ketika berucap pada Majlis Peramian D’Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak pada hari ini.

image is not available

Jangan ambil mjudah isu kebersihan dan keselesaan tandas

Dalam masa yang sama, PM Anwar telah memberi peringatan agar murid-murid sekolah tidak mengambil mudah isu kebersihan serta keselesaan tandas. Oleh itu, beliau menyarankan agar anak-anak dididik untuk mencuci kemudahan tersebut.

Dahulu sewaktu saya Menteri Pendidikan, saya arahkan semua sekolah buat giliran bersihkan tandas.

“Ada ibu bapa profesional, golongan atasan hantar telegram kepada saya (membantah); menteri, saya hantar anak saya belajar di sekolah bukan untuk mencuci tandas.

“Saya kata arahan tersebut bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang kebersihan serta menghormati orang lain termasuk pencuci tandas,” jelas beliau.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: