Perdana Menteri Saran Murid Sekolah Dilatih Bersihkan Tandas, Pupuk Sikap Hormat & Rendah Diri

Politics
3 Jun 2023 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar murid-murid sekolah untuk dilatih membersihkan tandas bagi memupuk sikap hormat dan rendah diri dalam diri mereka.

“Dahulu sewaktu saya Menteri Pendidikan, saya arahkan semua sekolah buat giliran bersihkan tandas.”

Perkara itu disuarakan oleh beliau ketika berucap ketika Perasmian D’Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tambah beliau lagi, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan, ada ibu bapa professional dan golongan atasan menghantar telegram kepada beliau dengan membantah perkara yang beliau sarankan itu.

image is not available
Gambar hiasan

Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri menyarankan perkara itu bagi tujuan mendidik murid-murid tentang kebersihan serta menghormati orang lain termasuk pencuci tandas.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.