Latihan Kelawar: Pesawat terbang rendah di Tawau, Semporna dan Lahad Datu

29 Jul 2024 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
TUDM akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset udara secara rendah di sekitar Tawau, Semporna serta Lahad Datu mulai 1 hingga 10 Ogos ini. Gambar fail Bernama

TAWAU - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset udara secara rendah di sekitar Tawau, Semporna serta Lahad Datu mulai 1 hingga 10 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataan pada Isnin memberitahu perkara itu merupakan Latihan Kelawar 2024 yang dilaksanakan di kawasan Op Pasir membabitkan aset helikoter dan Pasukan Khas TUDM.

Menurut kenyataan itu latihan tersebut bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal.

"Selain itu, ia memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik serta ancaman pada waktu malam," menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, TUDM berharap orang ramai tidak cemas atau risau jika melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved