Latihan Kelawar: Pesawat terbang rendah di Tawau, Semporna dan Lahad Datu

29 Jul 2024 • 10:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

TAWAU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset udara secara rendah di sekitar Tawau, Semporna serta Lahad Datu mulai 1 hingga 10 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataan hari ini memberitahu perkara itu merupakan Latihan Kelawar 2024 yang dilaksanakan di kawasan Op Pasir membabitkan aset helikoter dan Pasukan Khas TUDM.

Menurut kenyataan itu latihan tersebut bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal.

"Selain itu, ia memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik serta ancaman pada waktu malam," menurut kenyataan itu lagi.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Sehubungan itu, TUDM berharap orang ramai tidak cemas atau risau jika melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan berkenaan.