
Laungan Solidariti Untuk Zara Qairina Bergema Di Seluruh Dunia
Kisah tragis yang menimpa seorang pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, telah merentap hati seluruh rakyat Malaysia.
Namun, kesedihan yang dirasakan tidak hanya bergema di tanah air. Siapa sangka, khabar duka ini turut mengundang pilu dari masyarakat dunia yang bahkan tidak mengenalinya.
Untuk info, Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
Pada 9 Ogos, jenazah Allahyarhamah digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang.
Ia kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula pada 10 Ogos.
Masyarakat dunia bersatu di ruang maya
Di media sosial, suara solidariti masyarakat dunia ‘melaungkan’ Justice for Zara Qairina membanjiri ruang maya.
Hashtag #JusticeforZara kini bukan sahaja trending di Malaysia, malah menjadi laungan bersama di banyak negara luar.
Ia mendapat liputan luas termasuk di Indonesia, Filipina, Kemboja, Jepun, China dan banyak lagi.
Misalnya di TikTok, ada perkongsian tentang remaja tersebut dipercayai dimuat naik oleh pemilik akaun dari luar negara hingga mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Malah, berita melibatkan Zara turut menjadi sorotan media-media utama serantau serta di peringkat Asia.
@norfridajohari sampai kre negara tetangga berita nya#justice #JusticeForZara #viral #fyp
@jordanrealtalks Please Bring Justice to Zara Qairina Mahathir! #crimestories #crimestory #truecrime #breakingnews #malaysiacrime #zaraqairina
@www.amjadkhan4 Justice for Zara at Tokyo, Japan .. We just want justice for ZARA.. #justiceforzara #malaysia #japan
@sino.lung87 Justice will prevail. #justiceforzara #saynotobullying #solidarity #kotakinabalu #fypage
@fatinsuraya2028 #justiceforzara from AWB Sapura Aman @EWDP-B #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
Ini membuktikan bahawa masyarakat dunia bersatu dan bersolidariti buat remaja perempuan ini.
Setiap perkongsian, setiap komen dan setiap doa yang dihantar dari ribuan batu jauhnya adalah tanda bahawa dunia mengambil berat dengan kejadian yang menimpanya.
Dunia menanti jawapan, menanti tindakan dan menanti kepastian bahawa tragedi sebegini tidak akan berulang lagi.
Di ruang komen hantara-hantaran yang dibuat, rata-ratanya meluahkan rasa simpati kepada keluarga Zara dan berharap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa berjalan lancar.
Sama-sama kita jadikan ini sebagai pengajaran, agar tiada lagi anak yang terpaksa menjadi mangsa dan tiada lagi keluarga yang meratapi kehilangan insan tersayang.
Sumber: Video tular
The post Laungan Solidariti Untuk Zara Qairina Bergema Di Seluruh Dunia appeared first on Siakap Keli.

