

Sedia untuk 'bersilat' di atas lebuh raya? Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meramalkan hari ini adalah kemuncak aliran trafik pasca-Aidilfitri dengan jangkaan 2.8 juta kenderaan akan memasuki pusat bandar Kuala Lumpur.
Menurut Penyelia Pusat Pengurusan Trafik LLM, Muhammad Aliff Syafiq Md Takiyudin, angka ini merupakan yang tertinggi setakat ini sejak sambutan raya bermula.
Setakat pagi tadi, beberapa titik panas sudah mula menunjukkan peningkatan trafik:
Utara (PLUS): Permatang Pauh ke Perai & Kuala Kangsar ke Ipoh (Mula perlahan!).
Selatan (PLUS): Ayer Hitam ke Yong Peng & Simpang Empat ke Pedas Linggi.
Pantai Timur (KLK): Bentong menghala ke Bukit Tinggi semakin padat.
Berita Baik: Setakat ini, tiada kemalangan besar atau kerosakan kenderaan yang dilaporkan menjejaskan aliran. Stay safe, guys!
Strategi Elak 'Jam' Berjam-jamLLM sudah pun mengaktifkan 21 Lorong Pintar (Smart Lane) sejak jam 10 pagi tadi. Tapi kalau anda nak lebih tenang, cuba laluan alternatif ini:
Semak TTA: Rujuk aplikasi MyPLUS-TTA atau laman web AFA Prime.
Info Pantas: Hubungi talian bebas tol LLM di 1-800-88-7752 untuk update terkini.
Sabar Itu Indah: Pastikan baki Touch 'n Go mencukupi dan tangki minyak penuh sebelum masuk highway.
Adakah anda salah seorang daripada 2.8 juta pemandu hari ini? Kongsikan lokasi terkini anda di ruangan komen!


